Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mid Valley mohon maaf, ikrar perbaiki prosedur
Diterbitkan:  Oct 26, 2016 8:52 PM
Dikemaskini: 12:55 PM

Mid Valley Megamall Management hari ini tampil memohon maaf kepada para pelanggannya berhubung insiden mengaibkan yang berlaku di pusat membeli-belah tersebut baru-baru ini.

Insiden tersebut melibatkan gambar tikus yang dirakam berada di atas roti yang baru dibakar dalam kedai roti milik Komugi Bakery Malaysia yang menyewa premis perniagaan di kompleks membeli-belah terkenal di ibu negara itu.

Dalam kenyataannya, Mid Valley Megamall Management berkata, pihaknya akan menilai semula, menambah baik kecekapan prosedur dan memperkukuhkan pendekatan dalam beberapa aspek.

"Kami akan menggandakan kekerapan pemeriksaan dan rawatan di atas prosedur yang sedia ada.

"Pada masa yang sama, kami juga akan meningkatkan kekerapan latihan pengendalian makanan dan kebersihan kepada kakitangan penyewa," jelasnya lagi.

Ekoran insiden tersebut, Komugi Bakery Malaysia telah menutup sementara cawangannya di Mid Valley bagi membolehkan mereka membantu siasatan dijalankan.

“Aspek keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan syarikat ini sentiasa mengambil serius kes berkenaan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

“Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan itu.

Lihat Komen
ADS