Skuasy dunia, Mohd Nafiizwan mara ke pusingan kedua
Diterbitkan: Oct 28, 2016 6:30 AM | Dikemas kini: Oct 28, 2016 6:59 AM
Juara kebangsaan Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 di Kelab Wadi Degla, Kaherah semalam.
Pemain berpangkalan di Manchester, England ini menang 9-11, 12-10, 12-10, 12-10 ke atas pemain Scotland, Alan Clyne, demikian menurut laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.
Mohd Nafiizwan akan bertemu pilihan ketiga Omar Mosaad dari Mesir pada hari ini.
Juara remaja dunia Ng Eain Yow bagaimanapun kalah 9-11,9-11 dan 7-11 kepada Mohamed Redha dari Mesir dalam perlawanan pertama.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.