Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belanjawan Selangor RM3.45 bilion, 52 peratus untuk pembangunan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM3.45 bilion pada tahun 2017 yang mencerminkan kenaikan 20 peratus daripada RM2.88 bilion yang diperuntukkan untuk tahun ini.

Belanjawan kali ini merupakan yang terbesar dengan kenaikan sebanyak RM570 juta berbanding 2016.

Ia juga merupakan defisit belanjawan ketiga berturut-turut dibentangkan Azmin apabila kerajaan negeri dijangka mencatatkan defisit RM900 juta pada tahun depan.

Sejumlah RM1.65 bilion atau 47.8 peratus daripada bajet diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, katanya.

Sementara itu, RM1.8 bilion atau 52 peratus daripada belanjawan akan diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, dengan peningkatan 25 peratus atau RM360 juta berbanding 2016.

Dalam Belanjawan 2016, sebanyak RM1.44 bilion diperuntukkan untuk pembangunan dan perbelanjaan mengurus.

Pada ucapan belanjawannya, Azmin mendakwa belanjawan kali ini memperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang terbesar untuk Selangor.

Beliau menyindir Putrajaya kerana hanya memperuntukkan sebahagian kecil daripada perbelanjaan pembangunan yang menyebabkan kebimbangan ketidakseimbangan perbelanjaan persekutuan tahun depan.

"Bajet persekutuan yang dibentang oleh PM memperlihatkan ketidakbertanggunjawaban dengan 18 peratus saja untuk memajukan pembangunan," katanya.

Untuk membangunkan Selangor, beliau berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak 25 peratus.

Azmin juga berkata kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM351.38 juta walaupun meramalkan defisit RM630 juta apabila pertama kali Belanjawan 2016 dibentangkan pada Oktober 2015.

Ini dikaitkan dengan kutipan 96.9 peratus hasil negeri.

Kerajaan negeri juga membelanjakan 60 peratus daripada perbelanjaan pembangunan dan 77.1 peratus daripada perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2016, kata Azmin.

Sehingga 14 Oktober, kerajaan Selangor telah mencatatkan rizab berjumlah RM3.62 bilion.

Azmin menekankan bahawa belanjawan negeri mengambil kira cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat serta pertumbuhan ekonomi dijangka kekal antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

Lihat Komen
ADS