Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan skandal seks: Husni enggan ulas, pembantu nafi sekerasnya
Diterbitkan:  Nov 2, 2016 3:01 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Pembantu kepada bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan pembabitan bosnya itu dalam dakwaan skandal seks.

"Ini adalah fitnah Raja Petra," katanya kepada Malaysiakini dengan tidak mahu namanya disiarkan.

Pembantu berkenaan merujuk kepada tulisan Raja Petra Kamaruddin yang menjadi individu pertama membangkitkan isu tersebut dan mendakwa bahawa Ahmad Husni kecewa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak melantiknya sebagai menteri kewangan.

Sambil menafikan dakwaan skandal itu, pembantu bekas menteri itu berkata, Husni bukan individu seperti yang didakwa Raja Petra.

"Beliau bukan orang seperti itu, tidak seperti orang lain. Saya telah ikut beliau selama 28 tahun..

"Ini (dakwaan) dilakukan oleh beberapa orang jahat," katanya.

Akhbar berbahasa Melayu milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Husni enggan mengulas mengenai skandal tersebut apabila diajukan soalan kepadanya selepas satu forum pada malam Isnin.

Di luar forum yang sama, Husni memberitahu pemberita bahawa keputusannya untuk meletak jawatan daripada Kabinet adalah atas kehendak Allah Taala dan tiada kaitan dengan 1MDB.

Bekas menteri itu menambah, beliau mempersoalkan 1MDB sekarang kerana firma itu gagal mencapai objektifnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS