Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pembantu Rosmah: Siapa pimpin pilihan raya 'kotor' era Dr M?
Diterbitkan:  Nov 8, 2016 10:08 AM
Dikemaskini: 2:14 AM

Pembantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor menjawab kembali isu dakwaan pilihan raya kotor yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membandingkannya dengan era pentadbiran perdana menteri keempat itu.

Rizal Mansor berkata selama 13 kali BN memenangi pilihan raya umum, hanya dalam pilihan raya umum terakhir sahaja ia diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, itu pun sangat tipis.

Rizal berkata, perkara itu berbeza dengan keputusan di era Mahathir dengan setiap kali BN mencatat kemenangan bergaya.

“Antara yang lima kali menang selesa dengan yang hanya sekali menang dengan tipis, pilihan raya di zaman siapakah yang kotor?

“Nak tahu jawapan kepada soalan itu?

“Pembayangnya… orang kuat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) di zaman pemimpin itu mengetuai lima pilihan raya umum bersama parti mereka,” katanya tampa menyebut nama secara langsung.

Beliau bagaimanapun dilihat merujuk kepada bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) minggu lalu.

Rizal berkata demikian ketika mengulas tulisan Mahathir, kini pengerusi BERSATU, di blog yang antaranya mendakwa Baju Merah yang menentang BERSIH berjuang untuk pilihan raya kotor.

“Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka Merah bersetuju dengan tuduhan Baju Kuning bahawa kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya,” tulisnya.

Lihat Komen
ADS