Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkhidmatan kongsi kereta: Adakah selamat?
Diterbitkan:  Nov 11, 2016 8:24 AM
Dikemaskini: Dec 16, 2016 8:19 AM

KINIGUIDE l Populariti perkhidmatan kongsi kereta seperti Uber dan Grabcar kian melonjak bulan lalu setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah mendaftar sebagai pemandu selepas bekerja untuk menjana pendapatan sampingan.

Perkhidmatan ini sering disebut-sebut sebagai lebih cekap, lebih selamat berbanding teksi tetapi aduan pada baru-baru ini mengenai serangan seksual oleh pemandu perkhidmatan itu menimbulkan kebimbangan.

Firma teksi juga memberi amaran perkhidmatan tersebut meletakkan keselamatan penumpang dalam bahaya dengan dakwaan para pemandunya tidak perlu menjalani pemeriksaan latar belakang yang ketat.

Malaysiakini melihat dari dekat proses untuk menjadi pemandu yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan saringan yang dijalankan.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai pemandu?

Sebagai langkah pertama, dapatkan telefon pintar. Bergantung kepada sama ada ia adalah telefon iOS atau Android, masukkan Store Apple atau Google Playstore untuk memuat turun aplikasi Uber atau Grab.

Selepas muat turun, apa pula?

Permohonan tempatan, Grab memerlukan pemandu berpotensi untuk mengisi borang pendaftaran dalam talian yang boleh diakses sama ada melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih.

Ia adalah bahagian pengenalan utama untuk menunjukkan minat sebagai pemandu berpotensi.

Terdapat juga pilihan untuk menyatakan keutamaan individu dalam mendaftar sebagai pemandu Grabcar, Grabhitch atau GrabTaxi.

Proses ini bermula melalui penyerahan gambar tiga dokumen iaitu MyKad, lesen memandu yang sah dan nota
perlindungan insurans.

Pemandu juga harus menunjukkan kenderaan mereka dikilangkan pada tahun 2008 atau selepas itu dan berada dalam kategori sedan bersaiz sederhana atau penuh yang selesa dengan kemampuan untuk mengisi empat hingga lapan penumpang.

Semudah itu?

Tidak juga. Terdapat proses saringan untuk pemandu dan kenderaannya.

Kedua-dua Uber dan Grab mempunyai keperluan yang sama sebelum pemandu dan kenderaannya diterima sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tersebut.

Apa yang diperiksa?

Selain daripada mandatori lesen memandu yang sah, Grab memerlukan pemandunya untuk lulus semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut salah satu panduan dalam talian, para pemandu perlu mempunyai ketrampilan yang baik dan mampu untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Syarat-syarat berkenaan adalah sampingan kepada pemeriksaan latar belakang dalaman oleh syarikat itu atas kesalahan-kesalahan lampau.

Begitu juga, Uber melakukan pemeriksaan ke atas para pemohon untuk saman tertunggak dan sama ada calon berkenaan pernah disabitkan atas kesalahan jenayah dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Ia turut bekerjasama dengan agensi-agensi pihak ketiga kerajaan yang sah untuk menjalankan pemeriksaan dan
mengamalkan 'dasar toleransi sifar' untuk kesalahan-kesalahan lampau.

Adakah wujud lompong kelemahan?

Ya, dalam bentuk perkhidmatan terkini Grab, Grabhitch - perkhidmatan berkongsi kereta sosial yang membolehkan
pemandu biasa untuk menumpangkan rakan-rakan mereka sambil menjana pendapatan tambahan.

Tidak seperti Grabcar, Grabhitch hanya memerlukan para pemandu untuk mengakses aplikasi Grab dan memuat naik gambar lesen memandu yang sah, ber'selfie' dengan memegang lesen untuk tujuan pengenalan serta gambar kenderaan dengan plat lesen.

Dalam amalan biasa, para pemandu juga boleh melangkau proses memuat naik gambar kenderaan dengan plat lesen.

Adakah terdapat saringan oleh kerajaan?

Tidak, buat masa sekarang. Kerajaan hanya dijangka menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grab menjelang akhir tahun ini.

Antara langkah keselamatan yang dijangka diperkenalkan termasuk 'kad pemmandu' yang standard dan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Okay. Selepas itu semua, boleh pemandu mengambil penumpang?

Belum lagi. Kedua-dua firma Uber dan Grab akan mengadakan sesi taklimat untuk para pemandu bagi memastikan merekamaklum dengan prosedur operasi standard syarikat.

Ini termasuk belajar untuk menggunakan aplikasi pemandu dan kursus asas mengenai kaedah untuk berurusan dengan penumpang.

Pemandu Grab akan ditayangkan taklimat video dan perlu mengambil ujian. Sekali lagi, ia tidak terpakai kepada pemandu Grabhitch.

Bagaimanakah pemandu dibayar?

Uber membayar pemandunya pada setiap minggu. Selain daripada kadar tetap setiap jam, ada juga 'tempoh lonjakan' atau waktu puncak apabila terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pemandu.

Aplikasi Uber menjejaki pendapatan mereka dan jumlah yang dikira berdasarkan jumlah jam pemanduan dalam seminggu. Ia tidak termasuk pendapatan tambahan daripada yuran rujukan pemandu.

Kedua-dua Uber dan Grab mengambil komisen daripada pendapatan pemandu. Caj Uber ialah komisen sebanyak 25 peratus ke atas pemandu Uber X dan Uber Black dan 28 peratus untuk pemandu Uber XL. Grab mengambil komisen sebanyak 20 peratus.

Bolehkah pemandu diharamkan?

Ya. Kedua-dua syarikat memiliki sistem tersendiri dalam berurusan dengan para pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Garis Panduan Penalti Pemandu Grab mempunyai empat peringkat yang bermula dengan amaran, tiga hari
penggantungan, lima hari penggantungan dan diikuti dengan pengharaman sepenuhnya.

Kesalahan terdiri daripada aduan penumpang hingga ditangkap atas kesalahan jenayah seperti kes laporan terbaru yang berkisar tentang pemandu menunjukkan kemaluannya kepada penumpang.

Begitu juga Uber yang mempunyai senarai salah laku yang sama bagi menjurus kepada penyah-aktifan akaun pemandu sama ada secara kekal atau sementara.

Bagaimana pula dengan penarafan pemandu?

Para pemandu untuk Uber dan Grab harus mengekalkan penarafan minimum daripada lima bintang seperti yang
ditentukan oleh penumpang.

Penumpang boleh melihat penarafan pemandu selepas pengesahan tumpangan.

Pemandu yang mencatatkan markah yang rendah secara konsisten akhirnya akan dilarang daripada memandu.

Pengiraan tepat, bagaimanapun, berbeza mengikut syarikat.

Itu sahajakah?

Demi keselamatan, Grab memperkenalkan aplikasi dibina dalaman butang PDRM bagi membolehkan pemandu
menghubungi balai polis yang terdekat sekiranya berlaku kecemasan.

Ia juga mempunyai sokongan panggilan segera untuk penumpang dan pemandu.

Uber juga mempunyai sokongan seperti itu sebagai tindak balas pantas tersendiri sekiranya berlaku kecemasan.

Kedua-dua aplikasi membenarkan para penumpang untuk berkongsi butiran pemandu dengan rakan-rakan serta keluarga bagi membolehkan mereka menjejakinya.

Apakah risiko kepada pemandu?

Sementara kebimbangan mengenai keselamatan penumpang sering dibangkitkan, pemandu juga berdepan risiko yang sama banyak ketika berada di atas jalan raya.

Antara lain, terdapat laporan mengenai dakwaan ugutan dari pemandu teksi yang akan menghalang pemandu perkhidmatan kongsi kereta sewa daripada mengambil atau menurunkan penumpang di kawasan tertentu.

Pada awal tahun ini, terdapat juga mesej yang viral mengenai dakwaan tindakan pemandu teksi yang kononnya mahu melanggan perkhidmatan kongsi kereta sewa itu tetapi membatalkan pada saat-saat akhir semata-mata mahu melemahkan semangat mereka.

Firma-firma teksi berhujah oleh kerana kerajaan masih belum menghalalkan Uber atau Grab, perkhidmatan tersebut tidak boleh diangkat sebagai mod alternatif dalam pengangkutan awam.


Titipan panduan ini disediakan oleh Alyaa Alhadjri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS