Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'PDC untung RM140 juta jual saham bangunkan Pulau Jerejak'
Diterbitkan:  Nov 11, 2016 1:55 PM
Dikemaskini: 6:08 AM

Agensi kerajaan negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membuat keuntungan sebanyak RM140.6 juta selepas menjual 49 peratus saham dalam Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB).

TIRSB adalah usaha sama antara UDA Holdings (51 peratus) dan Ideal Property (49 peratus) untuk membangunkan semula Pulau Jerejak.

PDC menjual sahamnya untuk RM156 juta kepada Ideal Property Development Sdn Bhd (Ideal), kata pengurus besarnya, Rosli Jaafar.

"Hanya apabila syarat melindungi kepentingan PDC dipenuhi, perjanjian jualan saham dengan anak syarikat Ideal, Q Islands Development Sdn Bhd (Q Islands) ditandatangani pada tahun ini," kata Rosli dalam satu kenyataan.

Kenyataan Rosli datang selepas kerajaan Pulau Pinang dipersoal kerana menjual sahamnya kepada UDA.

Walaupun pemimpin BN negeri mempersoalkan hasrat Ketua Menteri Lim Guan Eng menjual saham tersebut, NGO Penang Forum menimbulkan kebimbangan bahawa pembangunan semula di pulau itu akan memusnahkan tumbuhan hijau.

Tetapi Lim memberitahu pemimpin-pemimpin BN untuk menyemak dengan "teman" mereka jika tidak berpuas hati dengan projek itu, dengan mendakwa ia dirancang oleh BN.

Rosli berkata deposit 10 peratus daripada RM15.6 juta telah diterima oleh PDC, cabang pembangunan kerajaan Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS