Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Guan Eng rayu RM847 juta untuk selesaikan masalah banjir
Diterbitkan:  Nov 11, 2016 4:27 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Pulau Pinang mendesak kerajaan pusat supaya meluluskan peruntukan untuk lima buah Rancangan Tebatan Banjir berimpak tinggi bagi menangani masalah banjir di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk lima projek tebatan banjir berimpak tinggi itu berjumlah RM997 juta.

“Namun hanya RM150 juta diluluskan untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang, walhal projek tersebut sebenarnya bernilai RM350 juta.

“Ini bermakna hanya RM150 juta diluluskan, yakni 15 peratus daripada segala permohonan kerajaan negeri melalui permohonan yang dibuat bagi Bajet 2017,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap kerajaan persekutuan boleh mempertimbangkan sumbangan tahunan negeri dari Pulau Pinang.

Setiap tahun, katanya, Pulau Pinang menyumbang kira-kira RM6.5 bilion hingga RM7.5 bilion dalam bentuk cukai dan duti eksais ke Putrajaya.

Lim berkata, Pulau Pinang, tiga hari lalu merekodkan hujan lebat luar biasa iaitu sebanyak 300mm, sekaligus menyebabkan banjir buruk berlaku di negeri itu.

“Malah, ada beberapa kawasan yang tidak pernah mengalami banjir, telahpun banjir berikutan hujan lebat luar biasa ini,” katanya.

Lim merujuk kepada jawapan bertulis di parlimen oleh perdana menteri yang berkata, dua projek tebatan banjir adalah hampir siap.

Projek berkenaan adalah di Sungai Dua, Seberang Perai Utara bernilai RM8.6 juta di Lembangan Sungai Kerian, Seberang Perai Selatan yang bernilai RM46 juta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS