Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairuddin masuk wad, rayuan Sosma tangguh ke 13 Dis

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dimasukkan ke wad, menyebabkan Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada 13 Disember.

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata beliau dimaklumkan anak guamnya itu menghidap cirit-birit dua hari lepas.

Akibatnya, kata Haniff, anak guamnya mengalami dehidrasi teruk dan keletihan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Oleh itu, kami terpaksa minta kes ini ditangguhkan. Khairuddin sentiasa hadir kes mahkamahnya... Kes ini akan didengar apda 13 Disember,” kata Haniff kepada pemberita di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS