Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Aktivis edar 2,000 risalah BERSIH tanpa diganggu Baju Merah

Selepas beberapa kali diganggu oleh gerakan Baju Merah dalam siri jelajah perhimpunan BERSIH sebelum ini, kumpulan baju kuning itu menarik nafas lega apabila tidak diganggu hari ini.

Hari ini, seramai 20 aktivis BERSIH mengedarkan 2,000 risalah mengenai perhimpunan itu di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Angkatan Anak Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, sambutan orang ramai terhadap kempen itu sangat baik.

“Sambutan sangat baik, yang datang hari ini bukan hanya di peringkat wilayah tapi nasional. Respon yang kita terima sangat positif. Kita sudah edarkan kira-kira 2,000 risalah,” katanya kepada pemberita selepas pengedaran risalah itu.

Nik Nazmi dalam ucapannya turut menyentuh soal ekonomi yang semakin meruncing, masalah rasuah selain menyeru rakyat berhimpun pada Sabtu ini.

“Mesej kita jelas, rakyat Malaysia boleh menyatakan apa yang mereka hadapi, sama ada ekonomi, rasuah, kita kena tekad untuk turun bersama-sama pada 19 hari bulan,” katanya.

Dalam aktiviti serahan risalah itu, turut kedengaran kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan itu.

Turut hadir pimpinan DAPSY Selangor, Pemuda AMANAH dan barisan pemimpin AMK.

Acara itu berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 6.30 petang tadi.

Masjid Jamek Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi perhimpunan BERSIH pada Sabtu ini.
 

Lihat Komen
ADS