Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Daripada semua reaksi ekoran sabitannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) pada hari Isnin, Rafizi berkata, yang dia tidak tahan adalah dari Shahrizat.

"Kalau ada pemberita di sini, saya ingin wartawan menulis dalam berita esok: Kemungkinan, saya tidak akan dapat bertanding di Pandan selepas ini. Jadi, Shahrizat tidak perlu bimbang, calon baru tidak akan bertanya tentang lembu dalam pilihan raya akan datang."

Rafizi menyentuh tentang lembu itu merujuk kepada skandal National Feedlot Centre (NFC).

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan demikian ketika berceramah di Kampung Cheras Baru, malam tadi.

Rafizi didapati bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan pada hari Isnin, dan hukuman itu berjalan serentak.

Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu proses rayuan.

Walaupun masih kekal sebagai anggota Parlimen pada masa itu, beliau tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya ketika proses itu masih berterusan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS