Jepun beri 2 bot peronda pada Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini berkata Tokyo akan memberikan dua buah bot peronda untuk membantu mempromosikan kestabilan di Laut China Selatan.
Bot itu juga diberikan sebagai tanda mengalu-alukan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke negara itu, lapor Reuters.
Najib tiba di Jepun semalam, seminggu selepas lawatan enam hari ke China, yang menyaksikan persetujuan pembelian empat bot peronda China.
Ia rundingan pertahanan penting Malaysia pertama kali dengan China.
Najib berkata dua kapal Jepun itu diberikan kepada agensi penguatkuasaan maritim Malaysia.
Malaysia dan tiga lagi anggota Asean – Filipina, Vietnam dan Brunei – terlibat dalam pertikaian tuntutan di kawasan Laut China Selatan.
Najib berkata perbualannya dengan Abe menyentuh isu itu, termasuk bagi memastikan peranan berterusan Malaysia untuk memastikan kawasan itu aman dan stabil.
Perbincangan turut melibatkan jajaran kereta api laju Singapura-Malaysia pada 2016 yang perjanjian dua hala akan dimuktamadkan pada Disember.
Jepun menunjukkan minat dalam projek itu dan Najib berkata beliau memberi jaminan kepada Abe bahawa proses bidaan dijalankan dengan adil dan telus.

