Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parlimen kecoh selepas seorang timbalan menteri Umno menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5, kelmarin.

“Yang Seputeh ini kekekek ini kenapa?

“Satu-satunya perempuan yang ada 'Kok' ini ada di Seputeh,” kata Tajuddin.

Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak beliau Tajuddin menarik balik kenyataan itu.

Sebutan nama Kok mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun berkata Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.

Khalid Samad (Parti Amanah Negara-Shah Alam) membantahnya dengan berkata jelas Tajuddin merujuk kepada maksud lain.

Kemudian tercetus perang mulutnya dengan anggota parlimen Pasir Salak itu dan Khalid mengelar kembali Tajuddin sebagai “sial”.

Tajuddin membalaskan dengan berkata “kurang ajar”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS