Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
7 lagi Orang Asli ditahan, kali ini di Pos Pasik
Diterbitkan:  Dec 1, 2016 11:54 PM
Dikemaskini: 3:59 PM

Seramai tujuh lagi Orang Asli di Gua Musang, kali ini di Pos Pasik, ditahan selepas polis bertindak merobohkan sekatan yang berasingan petang ini.

Kesemua mereka ditahan di dalam trak polis untuk beberapa jam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Menurut peguam Siti Kasim, beliau menunggu di balai polis untuk membantu Orang Asli yang ditahan polis ekoran perjalanan yang jauh untuk sampai ke bandar dari kawasan pedalaman.

"Kami masih menunggu pegawai yang melakukan tangkapan menjalankan tugasnya. Orang Asli berkenaan masih dalam trak (polis)," katanya dalam catatan Facebook.

Mereka dijangka akan dibebaskan selepas kenyataannya diambil.

Tangkapan dibuat adalah susulan kepada penahanan 47 Orang Asli sebelum ini pada Selasa yang lalu.

Jabatan Perhutanan Kelantan dengan disertai kira-kira 100 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah bertindak merobohkan dua sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai.

47 Orang Asli tersebut kemudiannya dibebaskan selepas direman selama dua hari.

Tiada caj dikenakan ke atas mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS