Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa penghulu dan pengawa di setiap mukim memainkan peranan bagi membantu menjayakan dasar kerajaan.

"Saya selalu sebut kita sebagai sebuah kerajaan mesti mendengar denyut nadi rakyat, maka penghulu, pengawalah yang paling dekat dengan akar umbi, mendengar serta merasai denyut nadi rakyat.

"Dan bila tuan-tuan tahu apa kehendak rakyat, apa keluhan rakyat maka tolonglah sampaikan kepada kerajaan.

"Sebab kalau kita dah tahu, kita buat dek (buat tak tahu) saja atau kita dengar saja, maka sebab itu kerajaan tidak akan dapat gambaran," tegas Najib.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama majlis perasmian penutup Seminar Jati Diri dan Memperkasakan Institusi Penghulu di PWTC hari ini.

Menurut Najib, dasar kerajaan sedia ada sudah cukup baik tetapi mengakui terdapat kelemahan dari segi pelaksanaannya.

"Selalu saya lihat dalam kerajaan bukan salah dasar. Dasar dah cantik tetapi selalu ada pelbagai permasalahan di mana apa kehendak kerajaan tidak kesampaian," katanya.

Selain itu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyambut baik penganjuran seminar sebegini.

Najib berkata ia amat berguna bagi memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai perkembangan isu semasa sekali gus memperkasakan pentadbiran negara.

Seminar yang diadakan selama dua hari itu dihadiri 785 penghulu dari seluruh negara, dengan dipenuhi sesi penerangan mengenai pelbagai isu oleh pihak berkuasa.

Antaranya disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Sejarawan Negara, Datuk Dr Abdul Malik Munip, Yang Dipertua Yadim, Dr Yusri Mohamad serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Lihat Komen
ADS