Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kit Siang mahu OA setaraf Melayu, Bumiputera
Diterbitkan:  Dec 11, 2016 10:27 AM
Dikemaskini: 2:31 AM

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu Perlembagaan Malaysia dipinda bagi membolehkan Orang Asli (OA) setaraf dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera dari segi keistimewaannya.

Antara keistimewaan tersebut termasuk pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa, perniagaan dan perlindungan dalam soal tanah rizab, ujar beliau.

"DAP akan terus menyokong kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik yang lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini bermakna kita juga mahu membantu untuk ianya dinikmati oleh semua masyarakat yang memerlukan," ujar beliau yang juga ketua anggota parlimen DAP dalam kenyataan.

Tambah beliau, kedudukan istimewa adalah untuk Bumiputera yang memerlukan dan bukan sekadar untuk Umnoputra yang kaya-raya.

Ia juga untuk orang bukan Melayu yang mundur dalam memerlukan bantuan dalam keperluan untuk mempunyai akses kepada program-program tindakan afirmatif, katanya lagi.

"Dalam hal ini, saya ingin menegaskan bahawa Bumiputera yang pertama dan asal di Malaysia iaitu OA telah lama diabaikan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, hampir 60 tahun yang lalu," ujar beliau lagi.

Katanya, OA berada di negara ini selama ribuan tahun, namun, masih dilayan secara tidak adil oleh pihak berkuasa.

Dari segi keistimewaan, tiada sesiapa yang lebih berhak untuk mendapatkannya daripada masyarakat OA yang layak untuk diberikan kedudukan berkenaan, jelasnya.

Pada tahun 2010, terdapat 178,197 masyarakat OA di Malaysia dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diberikan tanggungjawab untuk menyelia mereka.

"Sebagai permulaan, kita perlu aturkan OA untuk menerajui JAKOA tanpa mengira kepercayaan agama atau fahaman politik.

"Aadalah kegagalan selama enam dekad dalam dasar dan program UMNO dan Barisan Nasional untuk meningkatkan masyarakat OA dengan kerajaan tidak mampu melantik individu OA untuk mengetuai JAKOA," katanya lagi.

Justeru, dalam masa kurang daripada sembilan bulan dari sekarang, Malaysia yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada 31 Ogos 2017, OA perlu dilantik mengetuai JAKOA," ujar Kit Siang.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu merombak perkhidmatan awam dengan melantik serta menaikkan pangkat penjawat awam di kalangan OA yang meliputi keseluruhan perkhidmatan awam dan bukan hanya bidang berkaitan meningkatkan taraf Orang Asli sahaja, katanya.

Lihat Komen
ADS