Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasat penulis dakwa 4 agama berasal dari Islam'
Diterbitkan:  Dec 19, 2016 9:08 AM
Dikemaskini: 4:39 AM

Gerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh) mahu polis menyiasat penulis buku "Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal daripada Islam?", Ahmad Iqram Mohamad Noor atas 'kesilapan' itu, kata Setiausaha Agungnya, Amarjit Singh Gill.

"Tajuk buku yang silap ini adalah percubaan penulis untuk cuba mencampur-adukkan agama Sikh dengan Islam yang boleh mengelirukan orang ramai, mungkin juga percubaan membawa mereka yang berlainan agama ke dalam agama Islam.

"Ini benar-benar salah dan tidak berasas. Ini adalah tindakan yang tidak boleh diterima terutamanya di Malaysia dengan semua agama hidup dalam harmoni," ujar Amarjit dalam kenyataan.

Buku tersebut yang dijual di kedai buku MPH di Kinta City menyarankan pengasas Sikism Guru Nanak mengerjakan haji di Mekah dan penyair India Muslim, Kabir yang mula-mula mendatangi asas agama Sikh sebelum Guru Nanak mengasaskannya.

"Penduduk Sikh Malaysia kecewa dengan penerbitan buku dengan fakta salah mengenai Sikh yang merupakan usaha untuk cuba mengubah sejarah atau meremehkan fakta atas asas Sikh kepada orang ramai. Ini salah," tegas Amarjit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS