Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu warta tanah: OA mahu bertemu MB Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Dec 26, 2016 12:07 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan diminta untuk bertemu dengan masyarakat Orang Asli (OA) di negeri tersebut ini sebelum mewartakan tanah mereka.

Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS) berkata, pihaknya berterima kasih kepada Mohamad yang mahu mewartakan 68 perkampungan asli di negeri ini tetapi perlu mengadakan mesyuarat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai perkara itu.

"Kami memuji dan berterima kasih kepada MB (Mohamad) atas niat beliau untuk menyelesaikan isu tanah kami dengan mewarta tanah-tanah adat di kesemua 68 perkampungan OA di Negeri Sembilan ini.

"Hasil perjumpaan adat di Kampung Tering, JKOANS memohon agar MB menangguhkan dulu dengan kenyataan beliau mengenai pelaksanaan perwartaan tanah-tanah adat di 68 tersebut sebelum berbincang dengan pihak kami.

"Ini adalah supaya kami diberi penjelasan yang cukup mengenai perlaksanaan pewartaan tersebut dan supaya tidak timbul sebarang salah faham terhadap niat MB ini, di samping memberi peluang kepada kami untuk menyumbang kepada usaha menyelasaian permasalahan ini agar penyelesaian yang diambil itu kelak adalah atas keputusan bersama," kata Tok Batin Alam Suhut yang merupakan pengerusi dan penaung JKOANS.

Tambah Alam Suhut, perbincangan tersebut akan memastikan bahawa hak-hak OA dan identiti budaya masyarakat itu dilindungi.

Mengulas lanjut, jelas beliau, perjumpaan itu akan turut disertai oleh Majlis Peguam, pakar OA, NGO-NGO OA dan wakil OA dari 68 perkampungan yang terlibat serta perbincangan dijalankan dengan telus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS