Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
McD perjelas kenapa kek mesti ada cop Jakim
Diterbitkan:  Dec 29, 2016 10:27 PM
Dikemaskini: Dec 30, 2016 3:01 AM

McDonald's menjelaskan kenapa rangkaian makanan segera itu mensyaratkan kek hari jadi yang dibawa masuk ke restoran mereka mesti diperakukan halal.

“Syarat ini bagi mengekalkan integriti sijil halal kami,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

McDonald menjelaskan mereka melaksanakan dasar tiada makanan luar bagi memastikan semua produk yang disediakan dan dinikmati di restoran mereka halal.

Mereka bagaimanapun memberikan pengecualian kepada kek hari jadi yang dibawa pelanggan, dengan syarat ia mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malasia (Jakim).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS