Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
11 sekolah di T'ganu masih ditutup esok akibat banjir

Sebanyak 14 daripada 25 sekolah yang ditutup di Terengganu hari ini akibat banjir, akan dibuka esok bagi memulakan sesi persekolahan 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata baki 11 sekolah membabitkan 10 sekolah kebangsaan (SK) dan satu sekolah menengah kebangsaan (SMK) masih ditutup kerana laluan ke sekolah ditenggelami air atau ada yang ditenggelami air.

Menurutnya, penutupan di dua daerah itu melibatkan lapan sekolah di Hulu Terengganu dan tiga di Setiu.

"Di Setiu, tiga sekolah terlibat ialah SK Kampung Fikri, SK Kampung Las dan SK Kampung Besut," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sekolah di Hulu Terengganu yang terlibat adalah SK
Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu, SK Matang, SK Bukit Tadok dan SK Getang serta SMK Kuala Jenderis.

Penangguhan itu melibatkan 1,159 murid sekolah rendah dan 273 pelajar
sekolah menengah manakala bilangan guru yang terlibat pula ialah seramai 217 orang iaitu 180 guru sekolah rendah dan 37 guru sekolah menengah, katanya. -Bernama 

Lihat Komen
ADS