Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan tolak permohonan M'kini lucutkan hakim
Diterbitkan:  Jan 3, 2017 2:28 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Malaysiakini untuk melucutkan kelayakan hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said daripada mendengar saman yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap portal berita.

Datuk David Wong Dak Wah dalam penghakiman lisannya, berkata fakta yang dikemukakan menunjukkan tidak terdapat unsur bahaya berat sebelah sekiranya hakim itu mendengar kes berkenaan.

Panel lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.

Oleh itu, mahkamah mengarahkan Malaysiakini membayar responden sebanyak RM5,000 sebagai kos.

Portal berita itu merayu keputusan Kamaludin pada Januari tahun lalu untuk tidak mengundurkan dirinya daripada perbicaraan, walaupun telah berpindah daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Seremban.

Pada 30 Mei tahun lalu, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh selaku plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini, Steven dan Fathi selaku defendan.

Mereka mendakwa semua defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?" di bawah ruangan Yoursay dalam laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei tahun lalu.

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa Umno tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan BN.

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan Umno sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS