Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dedah kontraktor projek perumahan Felda - Rafizi cabar Isa

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hariini mencabar Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Isa Samad untuk mendedahkan senarai lengkap semua kontraktor serta maklumat terperinci mengenai projek perumahan Felda.

Rafizi berkata beliau telah memohon maklumat berkenaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 3 Disember, 2015 dan menerima jawapan bertulis di Parlimen oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

"Saya minta semua, tetapi beliau tidak mendedahkan semua 28 kontraktor," kata Rafizi pada sidang media di pejabat Invoke di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam soalannya, beliau juga memohon maklumat mengenai jumlah unit yang sedang dibina, lokasi dan harga jualan tetapi gagal menerima jawapan yang memuaskan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, penyata kewangan menunjukkan bahawa RM193 juta kerugian direkodkan dalam pembinaan rumah kediaman warga Felda sejak 2014.

“Saya juga telah berhubung dengan aktivis Felda di seluruh negara untuk menunjukkan satu persatu bagaimana beberapa projek perumahan Felda hanya tinggal papan tanda dan ada juga yang terbengkalai,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS