Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saifuddin bersama Lim ada percanggahan kepentingan?
Diterbitkan:  Jan 5, 2017 4:25 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Pemimpin kanan PKR menolak dakwaan pelantikan setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution sebagai penasihat strategik ketua menteri Pulau Pinang mewujudkan percanggahan kepentingan.

Naib Presiden Rafizi Ramli berkata Saifuddin dilantik sebagai penasihat kepada Lim Guan Eng sebagai ketua kerajaan Pulau Pinang, bukan pemimpin DAP.

Rafizi berkata kesediaan Pulau Pinang melantik pemimpin Melayu yang amat kanan sebagai penasihat menunjukkan mereka mengakui keperluan untuk lebih berusaha membendung politik perkauman.

“Ia sebaliknya langkah yang sangat positif kepada rakyat dan Pakatan Harapan,” katanya ketika menjawab soalan Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa pihak dalam PKR yang enggan dinamakan bahawa Saifuddin akan terperangkap dalam percanggahan kepentingan, selain kesetiaannya kepada parti menjadi taruhan.

Pihak-pihak itu membangkitkan rundingan pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum akan datang sebagai contoh.

“Isunya bagaimana setiausaha agung satu parti menjadi penasihat kepada setiausaha agung parti lain,” katanya yang mendakwa tiada kebenaran daripada biro politik PKR diperoleh.

Dakwaan itu bagaimanapun disanggah Rafizi yang berkata pelantikan itu telah dibincangkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berbulan-bulan sebelum ini.

Malah, dedah Rafizi, terdapat minit mesyuarat dalam biro politik PKR yang jelas membincangkan berkaitan pengukuhan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang.

Sementara itu, penulis-penulis blog pro-BN pula menuduh Lim cuba memecahbelahkan PKR dengan mengurniakan Saifuddin jawatan itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Saifuddin.

Lihat Komen
ADS