Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
BN Sarawak belum diperjelas berkaitan Akta 355
Diterbitkan:  Jan 6, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:11 AM

Pemimpin-pemimpin BN Sarawak belum diperjelaskan berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin Bumi Kenyalang masih dengan pendirian menolak pindaan itu, yang dirasakannya tidak sesuai untuk negeri-negeri di Borneo yang kebanyakan penduduknya bukan Islam.

Kesemua negeri lain sudah diberi taklimat berkaitan cadangan itu, menurut anggota parlimen Batang Sadong itu semalam, seperti dilaporkan The Star.

“Walaupun sebagai pengamal undang-undang saya tahu ia apa, tetapi saya terikat dengan prinsip parti untuk tunggu dan lihat sehingga diberi taklimat.

“Pendirian Sarawak jika ia hudud, kami tidak akan menyokongnya.

“Saya harus bersama pemimpin saya,” beliau dipetik sebagai berkata, merujuk kepada presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap ketua menteri Tan Sri Adenan Satem.

Usul daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) itu akan dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat Mac ini.

Hadi mahu menambah hukuman maksimum untuk kesalahan syariah kepada RM100,000, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun.

Selain Sarawak, komponen lain BN juga menolak cadangan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS