Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hindraf, Pemuda MCA 'bersatu' bagi selamatkan kuil Tao

Hindraf dan Pemuda MCA hari ini bersatu semata-mata mahu mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menghentikan perobohan kuil Tao - Hock Sui Tong Tao di Kepong, Kuala Lumpur yang berusia 63 tahun.

Pemimpin Hindraf P Uthayakumar dan Naib Ketua Pemuda MCA Tan Kok Eng mengetuai kira-kira 40 penganut agama itu dalam mengemukakan memorandum kepada DBKL pagi ini.

Kedua-dua mereka yang mendakwa mewakili kira-kira 1,000 penganut agama itu, juga memohon untuk berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abd Aziz untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL akan campur tangan kerana ini melibatkan agama, yang adalah isu sensitif," kata Tan kepada pemberita.

Uthayakumar, pula menggesa Kepong Development Sdn Bhd untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mencari penyelesaian yang betul, iaitu menempatkan semula kuil berkenaan dan bukan merobohkannya.

"Mereka sebelum ini memindahkan 526 penduduk dari tanah ini ke pangsapuri kos rendah tetapi kuil itu tidak diberi sebarang tanah untuk ditempatkan semula," katanya.

Uthayakumar berkata penyelesaian ideal adalah untuk membolehkan kuil berkenaan kekal di lokasi semasanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS