Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TKM: Pelantikan Saifuddin untuk tarik sokongan Melayu
Diterbitkan:  Jan 6, 2017 3:33 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah untuk mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Rashid Hasnon.

"Ini strategi dan bukan dedak," katanya mengulas artikel di akhbar rasmi PAS, Harakah Daily yang mengibarakan pelantikan setiausaha agung PKR itu sebagai ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat.

Rashid berkata Saifuddin akan bekerja bersama pasukan yang digelar "Memperkasakan Rakyat di Pulau Pinang", yang termasuk dirinya.

"Tujuan pasukan ini adalah untuk merampas kembali kerusi Melayu yang pembangkang gagal menang pada dua pilihan raya lalu dan memperkukuhkan kerusi yang kita menang tipist," katanya kepada pemberita.

Rashid berkata pasukan itu akan memberi tumpuan kepada 10 kerusi yang dimenangi oleh Umno di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu.

"Saifuddin mempunyai pengalaman luas di Kelantan, ketika membantu PAS melakukan perkara sama di negeri itu (memberi tumpuan kepada kerusi Umno)," katanya, merujuk kepada peranan pemimpin PKR itu ketika menjadi ahli Parlimen Machang.

Rashid berkata, pelantikan Saifuddin telah dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Harapan, dan adalah hak ketua menteri untuk melantiknya.

Beliau mengesahkan bahawa pelantikan itu ialah pelantikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, dan bukannya oleh DAP atau PKR.

"Soal 'dedak' tidak timbul; PAS perlu jumpa kami untuk penjelasan jika mereka ragu-ragu," katanya.

Dalam lidah pengrang Harakah Daily, penulis mendakwa DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya.

Menurutnya, sekira jawatan itu penting dan perlu atau DAP mempunyai perancangan yang lestari, sudah tentu selewat-lewatnya jawatan tersebut diwujudkan selepas PRU13 lalu iaitu penggal kedua menerajui kerajaan negeri.

Saifuddin mengangkat sumpah jawatan sebagai penasihat strategik Lim pada Rabu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS