GLOBAL l Pasukan transisi bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan kepada semua duta lantikan politik oleh Presiden Barack Obama untuk meninggalkan jawatan masing-masing sebelum Hari Pertabalan, kata duta AS ke New Zealand.

“Saya akan berlepas pulang pada 20 Januari," kata Duta Mark Gilbert dalam mesej Twitter kepada Reuters.

Arahan itu dikeluarkan "tanpa sebarang pengecualian" melalui suatu perintah yang dihantar melalui kabel Jabatan Negara pada 23 Disember lalu, kata Gilbert.

Beliau mengesahkan laporan dalam akhbar New York Times, yang memetik sumber diplomatik sebagai berkata pentadbiran AS sebelum ini, dari kedua-dua parti politik utama, secara tradisinya memberikan lanjutan kepada beberapa duta, terutamanya yang mempunyai anak bersekolah tempoh masa beberapa minggu atau bulan sebelum pulang.

Pegawai dari pasukan transisi Jabatan Negara dan Trump tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ualasan.

- Reuters

[Baca berita penuh]