Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSM sokong majikan bayar levi pekerja asing
Diterbitkan:  Jan 7, 2017 9:46 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan supaya tidak mengalah kepada permintaan syarikat-syarikat supaya membatalkan dasar Komitmen Mandatori Majikan (EMC) yang memerlukan majikan membayar levi pekerja asing.

Sambil mengalu-alukan langkah kerajaan itu, ahli jawatankuasa pusat PSM, R Rani berkata dasar itu bertujuan untuk menggalakkan pengambilan pekerja tempatan.

"PSM ingin menegaskan bahawa levi adalah cukai untuk menghalang majikan daripada memberi keutamaan kepada pekerja asing apabila mengambil pekerja," katanya.

Oleh itu, tambahnya, majikan perlu membayar levi dan bukan mengambilnya dari pekerja mereka, seperti yang mereka telah lakukan.

"Dengan meningkatkan kos buruh asing ke atas majikan, mereka akan terpaksa untuk mengambil pekerja tempatan dan dalam jangka masa panjang, mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga buruh asing," katanya dalam satu kenyataan.

Rani, yang juga penyelaras meja migran PSM, berkata pekerja asing sudah pun berkongsi kos apabila mereka membayar yuran pengambilan.

"Pekerja-pekerja ini yang mencari kehidupan yang lebih baik, terpaksa menggadaikan tanah, rumah mereka dan malah mengambil pinjaman untuk membayar kos pengambilan dan kos perjalanan.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS