Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada cadangan Jamal selesaikan saman BERSIH'

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos masih belum mengemukakan sebarang cadangan atau tawaran kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berhubung kemungkinan penyelesaian saman mereka.

Pada 27 Disember tahun lalu, Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mahu Maria yang memfailkan saman terhadap pemimpin gerakan Baju Merah yang menuduh NGO itu mempunyai kaitan dengan militan IS meninjau kemungkinan penyelesaian.

"Firma kami masih belum menerima sebarang cadangan daripada Jamal untuk menyelesaikan perkara ini.

"Kami akan membawa perkara ini kepada anak guam jika ada tawaran," kata peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria kepada pemberita selepas menemui hakim di kamar.

Beliau berkata hakim Mohd Zaki Abdul Wahab kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes pada jam 3 petang, 17 Februari.

Hadir sama, adalah peguam Jamal, Mohd Nasir Yusof.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS