4 mahu ketepikan tuduhan pengikut 'Imam Mahdi'
Empat rakyat Indonesia memfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengenepikan tuduhan pengikut Zubir Amir yang kononnya dikenali sebagai 'Imam Mahdi'.
Keempat-empat mereka didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tahun lepas.
Rahmat Abdullah Makki Almalik, Kharmain, Cut Wardah dan Ismelda Harfianti Lubis menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan Malaysia, antara lainnya sebagai responden.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara membuat bantahan awal terhadap permohonan berkenaan yang difailkan bulan lepas.
"Perkara itu akan didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya mahkamah sivil," katanya ketika ditemui.
Hakim Datuk Hanipah Farikulah menetapkan 27 Januari bagi mendengar kedua-duanya.

