Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Himpunan Akta 355 bangkitkan semangat keagamaan’
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 1:39 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Seorang pemimpin MCA hari ini tampil menjelaskan mengapa parti itu menentang himpunan besar-besaran anjuran PAS pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Menurut ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, himpunan seumpama itu mampu meniupkan sentimen agama, yang boleh menyemai benih perpecahan dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

"Kami tidak membantah hak mereka untuk mengadakan perhimpunan. Kami membantah subjehal perkara bagi perhimpunan itu, yang kami percaya boleh menyebabkan bahagian di negara ini.

"Tambahan pula, kami hanya mencabar kesahihan dan perlembagaan yang boleh membenarkan hudud PAS dikuatkuasakan melalui pindaan Akta 355," Ti kepada Malaysiakini.

Dalam satu kenyataan media sebelum ini, Ti mengulas kenyataan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang berkata MCA tidak boleh menghalang himpunan itu kerana adalah hak demokratik PAS untuk berbuat demikian.

Menurut pemimpin MCA itu, menteri Umno berkenaan seharusnya sedar perhimpunan berkenaan adalah berasaskan agama dan akan menjejaskan perpaduan negara.

"Apa jaminan PAS bahawa perhimpunan itu tidak akan menghasut dan menaikkan emosi terhadap mereka yang menentang enakmen hudud PAS?" soalnya.

Ti, yang mengetuai biro keharmonian agama MCA menegaskan bahawa parti itu tidak menentang Islam dan menghormatinya sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Walau bagaimanapun, mana-mana undang-undang atau niat jangka panjang yang berhasrat untuk menggagalkan perlembagaan persekutuan, undang-undang tertinggi di negara ini, MCA akan menentang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS