Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Republikan berpecah, tetapi Trump menang, kata Loke

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke telah menolak analisis yang mendakwa bahawa BN akan terus berkuasa kerana pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir.

"Sebelum pemilihan Amerika Syarikat, Republikan juga berpecah, tetapi (calon mereka) Donald Trump menang," kata Loke pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Seremban berkata, walaupun beliau menghormati pandangan penganalisis, namun, akhirnya rakyat atau pengundi yang akan menentukan keputusan pilihan raya.

Menurutnya, faktor yang bakal menentukan keputusan pilihan raya sentiasa berubah.

Loke berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa analisis, termasuk daripada Penyelidikan Sulit Financial Times yang menjangkakan pembangkang yang berpecah-belahkan akan menyumbangkan kepada kemenangan BN.

Ketepatan penganalisis politik diragui selepas kemenangan Trump pada tahun lalu. Mereka sebelum ini meramalkan kemenangan untuk calon Demokrat Hillary Clinton.

Walaupun Clinton memenangi undi popular, namun Trump memenangi undi electoral
yang mencukupi untuk menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke-45.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS