Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Penerima rasuah berdepan LHDN jika terlepas SPRM’

Penerima rasuah yang berjaya memboloskan diri daripada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana keterangan atau bukti yang tidak mencukupi masih boleh didakwa di bawah undang-undang berkaitan yang lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengeluarkan amaran itu hari ini semasa berucap pada majlis menadatangani 'ikrar bebas rasuah' oleh lebih 100 kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah.

“Tindakan yang akan diambil oleh SPRM bukan sahaja dibawah Akta SPRM, malahan tindakan-tindakan yang kita ambil turut melibatkan Akta Pengubahan Wang Haram.

“Dan dengan adanya inisiatif terbaru ini, tindakan juga akan diambil dibawah Akta Percukaian,” katanya.

“Kalaupun dalam siasatan SPRM mendapati tidak mencukupi keterangan untuk diambil tindakan bawah Akta SPRM, maka niscaya golongan perasuah ini yang mungkin merasakan bahawa mereka boleh bebas dan lepas dari tindakan undang-undang, tidak akan bebas dan terlepas dari tindakan LHDN,” katanya.

Dzulkifli berkata, penerima rasuah mempunyai kecenderungan untuk tidak mengisytiharkan pendapatan mereka kepada LHDN, kerana sumber pendapatan yang tidak sah.

“LHDN tidak kira sumber. Halal atau haram dia tak kira. Dia kira pendapatan (yang tidak diisytiharkan itu).

“Jadi saya ingin beri amaran kepada perasuah di luar tidak akan terlepas,” katanya.

Beliau juga berkata, tindakan itu kini boleh diambil berikutan kerjasama strategik agensi anti-rasuah yang ditandatangani dengan LHDN Disember lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS