Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Sekumpulan 50 pelajar hari ini mengadakan bantahan kerana mendakwa ditipu oleh pihak pengurusan Kolej Syuen.

Malaysiakini difahamkan, diploma yang diperoleh dari kolej swasta itu tidak diiktiraf Lembaga Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagaimanapun, pengarah urusan kolej tersebut M Shasi yang ditemui menafikan dakwaan sekumpulan pelajar terbabit.

Shasi berkata, pihaknya kini dalam proses bagi mendapatkan kelulusan penuh dari pihak yang berkenaan.

Jelasnya, pengiktirafan MQA bagi kolej tersebut hanya akan diperoleh pada awal Febuari depan selepas segala prosedur selesai.

"Kami baru dua tahun beroperasi dan banyak perkara dan prosedur yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan kelulusan penuh MQA terbabit.

"Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan pelajar dua hari lepas dan kami minta pelajar beri masa untuk lakukan yang terbaik buat mereka," kata Shasi.

Kolej Syuen menempatkan 580 pelajar dalam pelbagai kursus.

Rata-rata pelajar yang hadir pada bantahan ini terdiri dari pelajar jurusan perniagaan.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar dihalang pihak pengurusan.

Berita berkaitan: Program Kolej Syuen ada akreditasi sementara - MQA

Lihat Komen
ADS