Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenapa, bagaimana Felda dapat RM1b dari firma S'pura'

Mengapa Felda bertindak mendapatkan pembiayaan swasta sebanyak RM1 bilion untuk projek perumahan peneroka daripada sebuah firma Singapura?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu tahu bagaimana Felda memperoleh pembiayaan dari Putra Star Investment Holdings Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

"Sekalipun saya adalah salah sebuah syarikat yang paling kaya di dunia, saya tidak akan berikan RM1 bilion tanpa cagaran.

"Apa yang Felda cagarkan untuk dapatkan pembiayaan tersebut?" tanya Rafizi semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat perjanjian pinjaman berkenaan.

Felda dan Putra Star Investment Holdings memeterai perjanjian bagi membiayai program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) pada 6 September tahun lepas.

Laporan Bernama semasa majlis memeterai perjanjian itu memetik Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Isa Samad sebagai berkata, program berkenaan yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion mengalami kelewatan ekoran masalah mekanisme pembiayaan.

"Bagaimanapun, isu berkenaan diselesaikan setelah memilih inisiatif pembiayaan swasta melalui Putra Star," jelas Isa yang dipetik agensi berita tersebut.

Rafizi turut mempersoalkan pemilihan Putra Star.

Lihat Komen
ADS