Siasatan 1MDB S'pura - Ahli perbankan Swiss mengaku salah

   

Pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura mengaku salah terhadap enam pertuduhan yang berkaitan dengan siasatan Singapura ke atas 1MDB.

Jens Fred Sturzenegger yang merupakan warganegara Switzerland adalah individu kelima yang didakwa di Singapura berkaitan siasatan tersebut.

Beliau dihukum penjara selama 28 minggu dan denda sebanyak S$128,000.

Falcon Private Bank dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Pihak pendakwa Singapura memberitahu mahkamah bahawa ahli perniagaan Malaysia Jho Low mempunyai kawalan ke atas empat akaun di bank tersebut.

Menurut Channel News Asia, Sturzenegger mengaku salah terhadap pertuduhan gagal untuk melaporkan urus niaga berpotensi jenayah melibatkan berbilion-bilion dolar dan berbohong kepada pihak berkuasa bagi melindungi kepentingan kewangan Jho Low.

Sturzenegger didakwa kerana gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan mencurigakan bernilai AS$1.262 bilion kepada dua akaun bank Falcon pada tahun 2013.

Beliau turut didakwa berbohong kepada pegawai MAS untuk mengalihkan perhatian daripada menyiasat beberapa akaun bank dikawal oleh Low dengan mendakwa akaun-akaun tersebut 'dimiliki dengan manfaat' oleh Eric Tan Kim Loong yang diketahui bersekutu dengan Low.

Sturzenegger dikatakan berbohong kepada para penyiasat tentang tidak pernah berhubung dengan Low.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In