Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan surat tuntutan ganti rugi kepada BERSIH dan Persatuan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia ekoran perhimpunan diadakan mereka pada 19 November lalu.

Dalam notis dikemukakan kepada kedua-dua pertubuhan terbbait, DBKL berkata, mereka diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

Bertarikh 27 Disember 2016, surat berkenaan meminta BERSIH dan Baju Merah membayar pampasan RM34,150 atas kerosakan 3,300 pokok di sekitar Kuala Lumpur.

Notis tersebut ditandatangani Pengarah Undang-undang DBKL, Rohayah Karim.

Menurut Rohayah jika tuntutan itu gagal dipatuhi DBKL akan mengambil langkah perundangan terhadap pertubuhan terbabit.

Bagaimanapun notis itu tidak menyatakan bagaimana bayaran itu perlu dibahagikan antara BERSIH dan Baju Merah.

Sementara itu Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata mereka tidak akan membayar tuntutan ganti rugi berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS