Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Peraturan baru mata wang jejaskan industri Pulau Pinang’
Diterbitkan:  Jan 12, 2017 1:20 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang meluahkan bantahannya berhubung peraturan terbaru oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara untuk membangunkan pasaran kewangan dalam negara.

Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peraturan baru itu menimbulkan kesusahan kepada peniaga dan pengeksport, terutamanya mereka di sektor elektrik dan elektronik.

"Tambahan pula, langkah itu tidak berkesan untuk mencegah kejatuhan berterusan nilai ringgit berbanding dolar AS, yang baru-baru ini jatuh ke paras RM4.50.

"Langkah ini mempunyai potensi untuk menjejaskan iklim pelaburan dan mengurangkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia kerana ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kerugian akibat pertukaran mata wang asing dan kos urus niaga kepada mereka yang berdagang secara aktif menggunakan pelbagai mata wang asing."

Lim merujuk kepada dasar Bank Negara, berkuatkuasa 5 Dis tahun lalu yang mensyaratkan pengeksport untuk menukar tidak kurang daripada 75 peratus daripada perolehan eksport mereka kepada ringgit.

Sebelum ini, Lim pernah menggesa Bank Negara untuk mengkaji semula atau memansuhkan peraturan itu kerana beliau banyak menerima aduan daripada sektor perniagaan di Pulau Pinang.

Sekirangnya, kawalan seumpama itu benar-benar diperlukan, Lim mencadangkan, jumlah perolehan eksport yang perlu ditukar kepada ringgit dikurangkan daripada 75 peratus kepada 25 peratus.

Beliau menjelaskan bahawa industri elektrik dan elektronik menghadapi komplikasi berhubung dasar baru itu kerana sebahagian besar rus niaga mereka dilakukan dalam mata wang asing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS