Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Masyarakat perniagaan memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengendalikan semula pendaftaran pekerja asing tanpa izin dalam program pengambilan semula.

Program pengambilan semula itu diuruskan oleh pembekal perkhidmatan e-kerajaan, MyEG Service Bhd (MyEG) sejak Februari 2016.

Dalam sesi dialog yang diadakan oleh Jabatan Imigresen petang ini, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menyelar MyEG kerana tidak mampu menambah nilai kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

Majikan dikenakan caj sebanyak RM1,134 sebagai yuran program pengambilan semula tanpa jaminan permohonan akan diluluskan, kata Setiausaha Agung MAICCI AT Kumararajah.

"Untuk ini, saya ingin bertanya kepada KDN apakah nilai ditambah yang anda tidak boleh lakukan kerana mereka gunakan sistem (pengesan biometrik/mesin) dan pegawai," katanya.

"Saya tidak faham mengapa syarikat swasta memonopoli keadaan sehingga takat itu," katanya.

"Sebab itulah proses pengambilan semula sentiasa berjaya. Ia satu kegagalan besar. Tolong, KDN kendali semula. Kami senang untuk bekerjasama dengan anda," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS