Suspek ke-4 ditahan, disyaki buat catatan fitnah di FB
Polis Sarawak menahan suspek keempat yang disyaki membuat catatan fitnah terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pada pukul 12.25 tengah hari semalam lelaki berusia 47 tahun pergi ke Balai Polis Miri untuk membuat laporan polis selepas mendapati bahawa dirinya terlibat dalam siasatan polis.
"Lelaki itu membuat laporan polis menafikan dia telah membuat sebarang catatan memfitnah terhadap arwah Adenan dan mungkin akaun Facebooknya telah digodam," kata Dev dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata selepas disoal siasat, lelaki itu menarik balik dakwaan awalnya serta mengaku telah membuat catatan fitnah dan seterusnya dia ditahan.
"Telefon bimbitnya disita bagi tujuan siasatan, katanya.
- Bernama

