Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir Razak: 1MDB antara sebab perlu NCC2
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 3:33 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Kurangnya kepercayaan terhadap kerajaan pusat dan institusi-institusi utama negara susulan kontroversi 1MDB membuatkan penubuhan Majlis Perundingan Negara Kedua (NCC2) perlu disegerakan, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir, yang mencadangkan penubuhan majlis itu pada September tahun lalu, berkata kontroversi 1MDB telah menyebabkan persaingan kuasa bertambah buruk.

“Ahli-ahli politik terdorong mencari jalan keluar yang melampau, dalam kes kita, menyemarakkan perbezaan kaum dan agama.

“Pada tahap itu ia jadi bahaya, seperti yang pernah kita lihat sebelum-sebelum ini,” adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu dipetik sebagai berkata.

Nazir berkata, walaupun belum sampai ke situ, tetapi tanda-tandanya sudah ada, katanya dalam wawancara yang disiarkan di The Malay Mail Online hari ini.

NCC yang asal ditubuhkan pada 1970 oleh bapa Nazir, Tun Abdul Razak Hussein yang juga perdana menteri kedua.

Majlis itu antaranya merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bagaimanapun, kata Nazir, dasar itu telah disalah guna dan kurang sesuai untuk keadaan sosiopolitik sekarang.

Nazir mencadangkan NCC2 dibentuk oleh kerajaan, parlimen atau kumpulan bebas yang menarik perwakilan saksama dan didukung oleh orang ramai.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin parti pemerintah berbeza pandangan tentang pembentukan majlis itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS