Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Haramkan lori, bukan ‘kapcai’, kata Wan Junaidi

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak bersetuju dengan cadangan supaya motosikal atau 'kapcai' (50 hingga 150cc) diharamkan daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Pencemaran udara (dari motorsikal) yang kecil itu tak banyak sangat, motor besar itu yang cemar...

“Saya pun tak tau, kenapa (mahu haramkan) motosikal kecil, patut lori besar jangan masuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu pagi ini.

Wan Junaidi mengulas saranan rakan kabinetnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencadangkan mahu mengharamkan 'kapcai' daripada memasuki pusat bandar.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu penyelidikan saintifik perlu dijalankan sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Semua perkara macam ini sepatutnya ada kajian saintifik sebelum kta buat keputusan yang terbaik.

“Sebenarnya siapa penyumbang pencemaran yang besar? Lori, bas, kereta atau motorsikal yang pyumbang emmission besar?

“Kalau ini boleh dikenalpasti, kita boleh putuskan siapa yang boleh masuk bandar,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS