Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO gesa tangkap Jho Low
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 5:06 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

NGO - Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mahu pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap dan mendakwa jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ini susulan pendedahan fakta baru berkaitan peranan Low dalam aliran dana berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan semasa perbicaraan pengurus cawangan Falcon Private Bank Jens Sturzenegger di mahkamah Singapura.

"Berdasarkan fakta-fakta ini, C4 menggesa Peguam Negara untuk menangkap dan mendakwa Jho Low.

“Ini berdasarkan pendedahan di mahkamah Singapura yang dimaklumkan bahawa beliau menggunakan nama proksi atau alias 'Eric Tan' untuk melindungi hakikat bahawa beliau adalah benefisiari ke atas penipuan besar-besaran dana negara ini," kata pengarah eksekutifnya, Cynthia Gabriel.

Sturzenegger mengaku bersalah terhadap enam tuduhan gagal memaklumkan mengenai aktiviti pengubahan wang haram dan berbohong kepada pihak berkuasa Singapura.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 28 minggu dan denda S$128,000.

Kes di Singapura itu mendedahkan bahawa Low menggunakan alias "Eric Tan" sebagai benefisiari syarikat yang memegang akaun bank di Falcon Private Bank termasuk Tanore Finance Corporation dan Granton Property Holdings.

Menurut saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dana AS$835 juta 1MDB dilencongkan ke akaun Tanore Finance yang kemudiannya memindahkan AS$ 681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pendedahan tentang identiti sebenar Eric Tan dan transaksi mencurigakan yang melibatkan sejumlah besar dana menunjukkan pakatan sulit antara Jho Low dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Najib sebelum ini mendakwa deposit besar yang diterimanya adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS