Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gadis 12 tahun dirogol guru besar, 3 cikgu sekolah
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 5:04 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

GLOBAL Seorang gadis berusia 12 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas dia mendakwa dirogol seorang guru besar dan tiga guru lain di sebuah sekolah di India.

Murid itu dilapor ditemui dalam keadaan tidak bermaya di atas bumbung sekolah oleh ibunya, yang mengajar di sebuah sekolah di Kako, Bihar di selatan India.

Polis mengambil keterangan daripada ibu mangsa yang mendakwa empat lelaki itu merogol anak perempuannya secara berkumpulan.

"Dia adalah anak tunggal saya. Dia bukan tidak siuman.

"Oleh kerana tiada siapa menjaga dia di rumah, dia menemani saya ke sekolah," kata ibu kanak-kanak itu kepada The Indian Express.

Usum Bharati, jurucakap polis Jehanabad, berkata polis telah  menerima laporan kes rogol terhadap Aju Ahmad, Pengetua sekolah berkenaan dan tiga orang guru: Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan Atul Rahman.

Empat suspek berkenaan dilaporkan melarikan diri.

Kanak-kanak itu kini dimasukkan ke hospital dengan pendarahan teruk dan berada dalam keadaan kritikal, lapor The Hindustan Times.

Lihat Komen
ADS