Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizab Bank Negara jatuh kepada AS$94.3 bilion
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 3:56 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Rizab antarabangsa kasar jatuh kepada US$94.3 bilion setakat 13 Januari lalu, menurut Bank Negara.

Pada 30 Disember lalu ia berjumlah US$94.6 bilion.

Bank pusat itu berkata ia memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh, memetik laporan Reuters.

Paras rizab itu juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran dengan perlindungan rizab kepada hutang luar negara jangka pendek sebanyak 1.3 kali.

Rizab Malaysia jatuh ke paras terendah dalam setahun pada akhir bulan Disember yang lalu, menyamai tahap yang pernah dilihat pada Disember 2015.

Pada bulan November yang lalu, bank pusat itu mengumumkan langkah-langkah dalam usaha mengekang kejatuhan mata wang tempatan berbanding pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Bernama melaporkan, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$87.1 bilion), rizab Dana Mata Wang Antarabangsa (US$800 juta), hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset-aset rizab yang lain (US$3.9 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM422.877 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.235 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM902.157 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.788 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM11.256 bilion).

Liabiliti termask modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM145.944 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.863 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM160.375 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM14.889 bilion), deposit lain (RM306.739 juta), kertas Bank Negara (RM8.612 bilion), peruntukan SDR (RM8.118 bilion) dan liabiliti lain (RM10.963 bilion).

Lihat Komen
ADS