Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis tahan ‘bodyguard’ belasah pemandu lori
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 4:18 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Polis hari ini menahan seorang lelaki susulan sebuah video yang memaparkan dirinya memukul seorang pemandu lori yang menjadi tular di media sosial selepas berlakunya satu kemalangan.

Akhbar China Press memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua pihak cuba untuk menyelesaikan pertikaian mereka, tetapi pihak polis tidak membenarkannya kerana kes itu adalah kes jenayah.

Beliau juga menafikan bahawa lelaki itu bergelar "Datuk" seperti yang didakwa dalam video yang telah tersebar luas.

Khalid berkata kedua-dua pemandu Mercedes Benz dan mangsa telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Ketua Polis Negara bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai suspek.

Beliau turut menasihati orang lain yang terlibat dalam kejadian itu menyerah diri.

Rakaman video itu dimuatkan dengan tajuk ‘Lelaki dibelasah oleh bodyguard Dato' kerana melanggar keretanya’.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur apabila lori pemandu itu bergesel dengan kereta Mercedes Benz berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS