Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lima lagi Orang Asli dari kawasan pedalaman Gua Musang ditangkap hari ini oleh Jabatan Perhutanan Kelantan kerana terus membina penghadang atau sekatan bagi menghalang pembalak daripada memasuki kawasan berkenaan.

Peguam, Roger Chan ketika dihubungi, berkata tangkapan itu berkaitan dengan berita bahawa Jabatan Perhutanan telah merobohkan sekatan yang dibina oleh penduduk Temiar di kampung Simpang Petei.

"Mereka ditangkap atas dakwaan membina sekatan bagi melindungi tanah nenek moyang mereka," kata Chan kepada Malaysiakini.

Beliau percaya daripada lima yang ditahan itu, sekurang-kurangnya tiga pernah ditangkap sebelum ini atas tuduhan yang sama.

Walau bagaimanapun kerana mereka masih belum didakwa di mahkamah, Chan berkata, tangkapan ke atas mereka adalah menyalahi undang-undang.

"Kamu tidak boleh ditangkap bagi kali kedua atas kesalahan sama jika kamu tidak didakwa," katanya.

Katanya, beliau akan cuba membantu membebaskan Orang Asli itu dengan segera dan sekiranya tidak berjaya beliau akan mengambil tindakan terhadap Jabatan Perhutanan Kelantan.

Malaysiakini telah menghubungi pihak polis di Gua Musang dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mendapatkan ulasan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS