Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR adakan siasatan tempatan lepas BERSIH ke mahkamah
Diterbitkan:  Jan 27, 2017 11:22 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Pegawai advokasi BERSIH, Zoe Randhawa semalam menarik balik kes mahkamah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas suruhanjaya itu mahu mengadakan siasatan tempatan
berhubung bantahan persempadanan semula di Segambut.

BERSIH berkata Randhawa pada mulanya memberitahu SPR tidak akan mengadakan siasatan tempatan di kawasan itu walaupun berjaya mengumpulkan lebih 100 borang bantahan.

Bagaimanapun, beliau menerima notis dari SPR untuk mengadakan siasatan tempatan, sehari sebelum mahkamah dijadual mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman.

"Ini jelas menunjukkan bahawa SPR sedang menyalahgunakan kuasa untuk menghalang siasatan tempatan dengan suka hati, ataupun mereka kurang mengenali tanggungjawab dan peranan sebagai badan pilihan raya.

"SPR bertanggungjawab dari segi perundangan untuk mengadakan siasatan-siasatan ini apabila bantahan diterima meskipun alasan-alasan meragukan yang direka oleh mereka.

"Malangnya, mengheret SPR ke mahkamah demi mengingatkan kewajipan mereka untuk mengadakan siasatan tempatan memang membazir masa, tenaga, dan sumber.

"SPR yang tidak berdaya menunaikan tugasannya yang paling minimum yang diwajibkan di bawah Lembaga Persekutuan adalah satu perkara yang amat mengecewakan," kata BERSIH.

Terdahulu pengundi Setiawangsa juga menarik balik permohonan mahkamah untuk mencabar persempadanan semula selepas SPR mengalah untuk mengadakan siasatan tempatan.

BERSIH berkata kes di Setiawangsa dan Segambut bukan merupakan kes pertama dan tidak akan menjadi terakhir selepas ini.

"BERSIH 2.0 akan meneruskan daya usaha untuk memastikan SPR tidak mengabaikan tanggungjawabnya berdasarkan perlembagaan terhadap persempadan semula dan proses-proses lain berkaitan dengan pilihanraya," katanya.

Lihat Komen
ADS