Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Janin 6 bulan ditemui dalam tong sampah
Diterbitkan:  Jan 29, 2017 12:14 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Seorang pengawal keselamatan yang sedang mencari tin dan botol kosong di dalam tong sampah berhampiran sebuah restoran di Taman Perwira di Bukit Mertajam, terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu menemukan janin tersebut dalam balutan sehelai seluar berwarna putih pada 8 malam tadi sebelum menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, janin bayi dipercayai lelaki itu dianggar berusia enam bulan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, hari ini.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran bagi mengesan pihak yang membuang janin tersebut.

Nik Ros Azhan Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS