Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas setiausaha, akauntan JMB direman 7 hari
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 10:03 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 juta daripada JMB berkenaan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 7 Februari ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 53 dan 37 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan bergari, pada pukul 8.40 pagi tadi.

Bekas setiausaha dan akauntan berkenaan ditahan semalam di rumah masing-masing di Jalan Klang Lama dan di Sungai Petani, Kedah.

Penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS